Tabung Dana Insan

04/08/2009 17:18

Tabung Dana Insan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah PERSIS, Universiti Sains Malaysia ingin memaklumkan kepada semua pembaca mengenai tabung Dana Ihsan untuk membantu rakan ahli persatuan yang ditimpa musibah.

Tabung Dana Ihsan yang dipekenalkan ini adalah bertujuan untuk berusaha meringankan beban rakan ahli yang telah ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa, kemalangan, bencana alam, dan pelbagai kesulitan yang lain melalui sumbangan ikhlas daripada orang ramai, terutama kepada pembaca dan rakan ahli persatuan yang lain.

 

Tabung Dana Ihsan ini adalah salah satu langkah bagi merealisasikan objektif persatuan iaitu untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli. Segala hal mengenai kesulitan rakan ahli yang ditimpa musibah akan pihak kami maklumkan sama ada melalui sistem pesanan ringkas SMS mahupun ke dalam laman blog rasmi Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah PERSIS.

Sekiranya, anda bermurah hati untuk memberikan sumbangan ke tabung Dana Ihsan bagi membantu meringankan kesulitan rakan ahli persatuan ini, sila maklumkan ke nombor telefon yang tertera di bawah;

016-8037622 [Saudari Nadiah Izzati Yasin]
019-5823588 [Ong Kim Yok@Katherine Ong]

Semoga dengan segala sumbangan anda ke tabung Dana Ihsan ini dapat meringankan segala beban yang dihadapi oleh rakan ahli yang ditimpa musibah. Amin.

Back

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.