LOGO PERSIS

SEJARAH PENUBUHAN

Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah PERSIS, Universiti Sains Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972. Penubuhan persatuan ini adalah selaras dengan objektif badan Hal Ehwal Pelajar HEP, Universiti Sains Malaysia bagi membolehkan wakil pelajar daripada setiap negeri diberi peluang untuk menyuarakan pelbagai permasalahan yang mereka hadapi.

Walau bagaimanapun, persatuan anak-anak negeri ini tidak didaftarkan memandangkan persatuan ini tertakluk kepada perlembagaan Hal Ehwal Pelajar HEP, Universiti Sains Malaysia.

Segala tindakan yang dibuat mestilah berlandaskan kepada perlembagaan yang telah digariskan oleh badan Hal Ehwal Pelajar HEP, Universiti Sains Malaysia

MOTO

"PERSIS TEGUH MAHASISWA BERSATU"'

OBJEKTIF

1. Menjaga kebajikan serta memelihara hal mengenai kepentingan mahasiswa Sabah di Universiti Sains Malaysia.

2. Menyatupadukan hubungan antara mahasiswa Sabah di Universiti Sains Malaysia ke arah satu kesepaduan dalam nilai kesejagatan di bawah sebuah perkumpulan.

3. Mewujudkan nilai silaturrahim yang mampu melenyapkan belenggu pemikiran yang sempit, individualistik dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli bagi membentuk daya pemikiran yang positif serta mampu berinteraksi dalam pelbagai situasi.

4. Menjadi nadi pemangkin ketrampilan mahasiswa Sabah dari segi kepimpinan, jati diri, intelek, sahsiah, fizikal, dan kerohanian

5. Mengadakan program-program yang dapat meningkatkan keupayaan kepimpinan, kemahiran insan, perkembangan intelek, kesenian budaya, keunggulan sahsiah, kemantapan daya fizikal, dan kesempurnaan akhlak.

6. Sebagai wahana kepada kepada segala hal antara mahasiswa Sabah Universiti Sains Malaysia dengan badan - badan rasmi di negeri Sabah seperti Kerajaan Negeri Sabah.

VISI

Dalam tempoh ini, Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah PERSIS, Universiti Sains Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah badan organisasi terbaik dalam usaha menjaga hal kebajikan serta kepentingan ahli disamping mewujudkan satu kesepaduan dalam nilai kesejagatan di bawah sebuah perkumpulan yang disegani.

MISI

1. Memastikan kebajikan ahli berada pada tahap yang seimbang.

2. Membentuk kepercayaan ahli terhadap badan pengurusan dengan meningkatkan kualiti pengurusan persatuan.

3. Membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat membentuk nilai kepimpinan, intelek, emosi, fizikal, dan rohani bagi membentuk kesempurnaan jati diri.

4. Melatih dan mencungkil segala bakat dan kemahiran baru ahli bagi membentuk modal insan yang berkualiti.

5. Melahirkan sikap kerjasama dalam kalangan ahli dalam melaksanakan segala program yang telah dirancang.

6. Berusaha untuk mempelbagaikan sumber dana dan kewangan persatuan bagi usaha membantu kebajikan ahli dan mengendali program yang dilaksanakan.

7. Menjalinkan hubungan baik dengan badan-badan rasmi di negeri Sabah dan kerajaan negeri Sabah.

8. Mengadakan hubungan kerjasama dengan kesatuan anak-anak negeri Sabah daripada universiti lain melalui program-program usaha sama.

JATA NEGERI SABAH

 

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah

PENAFIAN : Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah, Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.