Pengetahuan Am siri II

05/08/2009 22:32

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains lain yang merupakan bisu sejak lahir, secara puratanya, dia  langsung
tidak boleh bercakap seumur hidup.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Sharul Faisal Budon?? Lelaki itu pula ialah YDP Perkumpulan Siswa-siswi Sabah sidang 2009/2010.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS.

17. Untuk pengetahuan anda sekalian wabak H1N1 semakin sukar untuk dikawal,sehingga hari ini 5/8/09 semakin banyak yang didapati positif H1N1.

Namun jika ditanya seorang yang telah berumah tangga, mereka lebih takut B1N1 daripada H1N1.

 

 

.....................................B1N1 = BINI

Back

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.