Cara Terbaik Berpuasa dan Cara Berpuasa yang Memudaratkan

21/08/2009 19:29

Cara terbaik ketika berbuka:

→ Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.
Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan  kekacang.
Kurangkan kadar makanan daripada biasa.
Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.
Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Cara berpuasa yang boleh memudaratkan:

Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).
Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.
Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu
karang, gout dan alahan.
Mengulangi makan sepanjang malam.
Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.
Tidur selepas kenyang makan.

 

Mesej utama ialah, pembaziran juga 'pembunuh' manusia kerana hidup dalam keadaan terlalu mewah tanpa berusaha menjaga kesihatan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Back

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.