Syarat-syarat pennyertaan MCB 2010
05/01/2010 13:16
-
Penyertaan terbuka kepada semua siswa-siswi yang mendaftar sebagai ahli kumpulan siswa-siswi Sabah di mana-mana universiti di Malaysia.
-
Jumlah ahli bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada 10 orang dan tidak melebihi 15 orang.
-
Setiap universiti hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan sahaja untuk bertanding.
-
Setiap kumpulan hanya dibenarkan membuat persembahan selama 10 minit sahaja. Markah akan ditolak sekiranya lebih daripada masa tersebut.
-
Kedudukan pemenang adalah berdasarkan kepada markah terkumpul daripada beberapa aspek penilaian juri.
-
Kos untuk mendapatkan pakaian, peralatan yang digunakan dalam persembahan adalah tanggungjawab setiap persatuan
-
Cabutan undi akan dijalankan pada 5 Febuari 2010.
-
Persiapan pentas tidak melebihi 5 minit.
-
Pertandingan akan bermula pada jam 9.00 malam
-
Peserta hendaklah hadir 15 minit sebelum pertandingan pertama bermula
-
Kategori utama yang dipertandingkan adalah Persembahan Terbaik. Selain itu, kategori Kostum Terbaik, Koreografi Terbaik dan Hadiah Khas Juri.
-
Peserta perlu membuat persembahan tarian berbentuk lakonan muzikal yg memperlihatkan keunikan adat resam kaum di sabah. (cth: adat perkahwinan disamping mempersembahkan tarian tradisional). Markah kreativiti akan diberi kepada kumpulan yang mengetengahkan lebih daripada 2 etnik dalam persembahan mereka
-
Pakaian dan peralatan mestilah yang menepati tatasusila, adat resam dan budaya ketimuran. Persembahan mestilah yang tidak menyentuh peribadi seseorang, sensitiviti dan negatif serta menunjukkan aksi yang luar biasa atau keterlaluan.
-
Setiap kumpulan dilarang menggunakan perlatan, bahan-bahan ( seperti gam, doublesided tape dan lain-lain), haiwan atau seumpamanya yang boleh mencemarkan dan mengotorkan pentas dan dewan serta mengganggu perjalanan tatacara pertandingan. Jika berlaku demikian maka kumpulan tersebut akan dipertanggungjawabkan dan penyertaannya akan terbatal.
-
Setiap kumpulan diwajibkan menghadiri raptai pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Pengerusi persembahan mempunyai hak untuk menegur persembahan peserta yang melanggar peraturan.
-
Peserta persembahan hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dibuat oleh pihak penganjur
-
Jika sesuatu perkara timbul dan tidak termaktub di dalam syarat-syarat pertandingan Malam Citrabayu, maka Jawatankuasa Induk berhak membuat keputusan dan keputusannya adalah muktamad.
———
Back