Konsep Malam Citra Bayu 2010

18/09/2009 10:08

KONSEP MALAM CITRABAYU 2010

Sebagai makluman kepada semua yang terlibat, Malam Citrabayu 2010 akan diadakan sekitar bulan Februari 2010. Tema Simfoni Bayu Penjulang Warisan pada Malam Citrabayu 2009 kini ditukar kepada Harmoni Bayu Citra Warisan. Malam Citrabayu kali ini bukan hanya berkonsepkan persembahan muzikal semata-mata. Di samping memperkenalkan kebudayaan, kita juga akan memperkenalkan tempat-tempat  di Sabah. Maka, di sini saya akan menjelaskan beberapa perubahan dalam konsep persembahan Malam Citrabayu 2010.

Pertama, bagi para peserta sila gunakan pemikiran kreatif anda untuk menghasilkan sebuah persembahan yang merangkumi sekurang-kurangnya 2 bangsa. Pemilihan bangsa adalah berdasarkan tempat-tempat yang ada di Sabah. Contohnya, andai anda memilih Ranau, persembahkan gabungan kebudayaan rumpun bangsa yang terdapat di Ranau. Persembahan anda tidak tertakluk pada tarian kebudayaan semata-mata. Lagipun, konsep Malam Citrabayu adalah persembahan kebudayaan dan bukan khas untuk persembahan tarian. Kebudayaan Sabah masih boleh dipecahkan kepada beberapa aspek seperti persembahan alat muzik tradisional, adat perkahwinan, lagu tradisional dan lain-lain. Mungkin anda boleh melakonkan bagaimana masyarakat di Kota Belud menanam padi secara tradisional dalam persembahan tarian anda. Sebagai alternatif lain; persembahan multimedia, pentomen, nyanyian dan sewaktu dengannya adalah dibenarkan. Namun demikian, tarian adalah wajib diselit dalam persembahan.

Sekalipun Malam Citrabayu adalah sebuah pertandingan, namun apa yang penting adalah memperkenalkan kepelbagaian kebudayaan Sabah khususnya pada masyarakat di sekekeliling kita. Pemarkahan paling utama akan dinilai melalui aspek kreativiti dengan persembahan lain dari yang lain. Selebihnya, akan dibincangkan kemudian.

Andai ada apa-apa persoalan tentang konsep Malam Citrabayu atau masih kurang jelas, sila berhubung dengan saya.

-Pengarah Projek-

Malam Citrabayu 2010.

Back

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.