Perancangan Aktiviti PERSIS Bagi Semester 2 Sidang Akademik 2010/2011

10/11/2010 16:39

Pada semester depan, PERSIS telah merancang untuk menganjurkan aktiviti Sukan PERSIS (SUPER). Sukan ini diadakan bertujuan untuk mengerakkan silaturahim dalam kalangan ahli PERSIS sendiri. Antara aktiviti yang diadakan untuk program ini termasuklah sukaneka dan permainan tradisional lain. Ahli-ahli PERSIS amatlah digalakkan untuk menyertai aktiviti ini.

Dalam bulan Februari 2011 pula, PERSIS akan mengadakan Malam Citrabayu yang juga merupakan program tahunan yang diadakan oleh PERSIS. Anjuran kali ini merupakan anjuran kali yang ketiga. Pengarah Projek bagi Malam Citrabayu 2011 ialah saudara Arthur James Adong. Seperti tahun-tahun lepas, anak-anak Sabah dari universiti sekitar semenanjung Malaysia akan diundang untuk berentap dalam pertandingan kebudayaan ini. UUM telah menjadi juara bagi Malam Citrabayu 2009.Uitm pula telah menjadi juara pada sidang lepas. Mari kita nantikan universiti mana pula yang akan menjadi juara pada anjuran kali ini dan menjulang Piala Malam Citrabayu 2011!

Back

Search site

© 2011-2012 All rights reserved.